Tuesday, 26 March 2013

Takoyaki dan nasi arab

Hari Jumaat minggu lepas, hubby balik dari sandakan, dia ambil cuti 5 hari. Pagi tu dia hantar aku pegi kerja sebab tengahari sikit dia nak tolong hantar kawan dia yang datang dari semenanjung. So lepas sembahyang jumaat, dalam pukul 2 petang barulah dia datang balik ambil aku kat pejabat. Kami ke pasaraya servey kat Likas untuk membeli sedikit sebanyak barang-barang dapur dan juga barang yang hubby nak bawa balik ke sandakan malam tu. 

Di samping itu juga, aku dah berkempunan nak makan takoyaki dek kerana kak azie yang selalu post kat FB dia pasal takoyaki ni. Godaan punya pasal. nasib baik hubby nak melayan kerenah aku dan membelinya kat aku. Tenkiu hubby. 

google

google
Satu boat ni Rm3.50, ada 3 bijik je tau. Lepas makan takoyaki dalam kete, habis kete jadi harum semerbak bau sotong kering, hehe..bising hubby..sorry cyg..hihhhhihihiii...bising2 pun, aku bagi kat dia 1 biji buat upah tolong belikan. kui3x

Lepas tu tetiba je terlintas nak makan nasi arab kat masjid likas, Sebelum ni aku dapat tau kat masjid likas tu  melalui signboard banner yang digantung kat situ. Hanya hari jumaat je ada kalau tak silap aku la, hubby pun cakap camtu jugak. Tu yang terus je hubby bawak aku pegi makan kat situ. 

Alhamdulillah, nasib baik ada lagi rezeki kami nak makan nasi arab. Ada 3 jenis lauk kat situ, Kari ayam, ayam masak madu dan ayam goreng. Nasi tu dan bersekali dengan acar timun. Kalau tak nak acar pun takpe. Aku ambil nasi lauk kari ayam. hubby ambil ayam goreng. Kari dia sedap, yang paling sedap tu nasi dia yang panjang-panjang. Macam kat tv tu nasi dari beras basmathi kah?? aku kan jakun, tak pernah makan so bagi aku not bad la kari pun sedap.  Total  price untuk nasi 2 pax + 1 air sirap = RM16.00. 
credit to google
Aku tak pernah lagi makan nasi arab. Tengok kawan-kawan kat FB cakap pasal nasi arab sedap kat putrajaya/cyberjaya (mana satu aku tak sure) buat aku teringin sangat nak cuba rasa macamana lah nasi arab tu. Adekah rasa macam berada di padang pasir ? adekah rasanya sedap sangat? Masa aku kat putrajaya bulan 2 baru-baru ni, ada jugak terlintas kat pikiran aku nak ajak kakak ipar aku ke sana, tapi last2 minit baru aku cakap, masa tu dah dekat malam, esoknya nak fly balik KK dah, so bincang balik ngan hubby aku tak jadi lah. Lagipun saje2 tekak aku je nak makan nasi tu. Tak kempunannye kalau tak makan pon. Hehe.

Takpelah sekarang dah dapat rasa camane rupa dan kesedapannya nasi arab kan, kalau kat KK pun dah sedap, kat putrajaya tu mesti laaaagii sedap kan??
:) 


p/s : I Love Sabah. 








3 comments:

AzieFirdaus Kamarudin said...

ahahah...tetiba akak tersedak...dapnya yumyum...akak siap order takoyaki 4set lagi kat kwn akak sbb esok dia dtg meniaga kat tamu sipitang nih...dasyat kan?hihi..ngalahkan org ngandung x?hihi

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...

mizieyka said...

awk.... I like your new lilypie,.... Sesungguhnya nasi arab itu amat menggoda selera ibu mengandung hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...